Kursus ini telah diadakan pada 16 Mei 2016 hingga 28 Mei 2016 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru. Peserta kursus terdiri daripada anggota dan ALK daripada pelbagai Koperasi di Zon Selatan iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Seramai 32 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh pensyarah dari Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan. Peserta didedahkan dengan teori dan amali khususnya yang berfokus kepada persediaan sebelum, semasa dan selepas aktiviti Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi. Di akhir kursus ini sesi amali telah dilaksanakan. Peserta diberi situasi masalah dan dikehendaki menjalankan mesyuarat agung menyerupai situasi sebenar. Ternyata kaedah ini dapat memberi kesan yang baik kepada peserta kursus. Sesi amali telah tamat pada 18 Mei 2016 pukul 5.30 petang. Peserta telah diberi sijil kursus yang disampaikan oleh Penyelaras Kursus MKM sendiri.
Kursus Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi anjuran Maktab Koperasi Malaysia
Bilik yang disediakan oleh pihak penganjur di Hotel New York , Johior Bahru
Peserta Simulasi Mesyuarat Agung Tahunan.Pengerusi Koperasi Link Up mengadakan simulasi mesyuarat Lembaga
Peserta simulasi di meja pendaftaran anggota yang hadir
Meja Pendaftaran anggotayang hadir dalam simulasi
Majlis penutup oleh pihak penganjur Maktab Koperasi Malaysia
Tok Penghulu Kursus ( Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka)
Peserta simulasi mendaftar diri (Koperasi Simulasi Link Up Berhad)
Contoh sijil Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi
Bahan kursus Penyediaan Mesyuarat Agung Koperasi (Sila Klik pilihan anda)